Skip to main content

Mak & Baby ❤

Assalamualaikum.

Note : Can't sleep. 2.16 am. Monday. And I miss my baby husband. 😭

Terlalu banyak yang terpendam.
Terlalu banyak yang difikirkan.
Terlalu banyak yang dirisaukan.
Tak tahu mana satu harus dan wajib aku titikberatkan.
Hmm..

Sejak 06/09/2017
Hati selalu gelisah.
Hati selalu tak tenteram.
Everytime 'ICU IJN' tertera dekat screen handphone. Jantung aku laju. Tangan automatik seram sejuk.
Alhamdulillah. Selalu panggilan itu hanya mengingatkan kami anak2 untuk bawa keperluan mak.

Betapa aku rindukan suara mak.
Panggilan 'cheq'
Call setiap hari 'cheq kat mane tu? Buat ape? Harini mak masak bla bla bla.. lepastukan cheq tadi bla bla bla...'
Rindu
Rindu
Rindu

Dan alhamdulillah Allah perkenankan doa semua orang yg mendokan kesembuhan dan kesejahteraan mak. Mak semakin pulih. Semakin ceria.

Alhamdulillah.

Tapi.. dalam kegembiraan aku.
Seringkali rasa sedih datang menghampiri aku.
Setiap kali orang berkunjung, bersua muka..
Hanya satu soalan yang memulakan bicara.
'Da ada isi belum?'

Allah..

Tak kisah. Sesiapa pun kat dunia ni samada yang masih bujang atau da berkahwin atau akan berkahwin pernah memasang angan2.. 'satu hari nanti aku nak anak 5 orang.. aku nak bagi nama anak aku sekian sekian sekian'..
Betul tak?

Well, same goes to me. Aku pon pernah berangan. Dan aku masih menunggu dan berusaha untuk menjadikan angan2 aku tu satu kenyataan.

Ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Kenape Allah masih tak berikan aku rezeki?
Bayangkan kalau aku ada anak.. sapa nak jage mak ? Mesti aku penat.. mesti aku tak dapat berikan mak sepenuh perhatian..

Maafkan aku sayang..

Dear sayang..
Maafkan tyka. Semoga ade rezeki kita nanti.
 I love you ❤

#emosional
#hormontakstabil
#makabahprincess
#131117
#hanyasekadarluahan
#done2.33am


Comments

Popular posts from this blog

Heyyy! It's me 🙋

Assalamualaikum.. Selepas beberapa tahun, baru aku berkesempatan untuk menulis kembali. Mungkin bakat menulis kena asah balik. 😅 . Last post aku sebelum ni, semua kisah aku yang dulu. Masih kanak-kanak atau hingusan. Hahaha. Sendiri malu bila bace kisah tak seberapa. So, aku ambil keputusan untuk delete je. Senang. Takdelah malu sangat. . So, this is new me. New life. New colour. . Just got married last year with one and only and truly, lovely my husband #MAH 💑 . Dekat sebelah blog ni ade countdate anniversary kiteorg 😌. Poyo sangat. Hahaha . Sekarang aku dah jadi surirumah tangga sepenuh masa cuma sekadar pembantu kehormat & penasihat dalam membantu kerja husband aku. Intelligent sangat 💁. . New me ? Why? That mean.. new me lah 😒 Aku belajar untuk kuatkan diri. Mental dan fizikal. Sesungguhnya dugaan tu dtg tanpa disangka dan diundang. The sad part is aku sedar yang dekat atas bumi ni takde sape aku bole percaye selain keluarga aku sendiri. Bila dusta, hipokrit